The Look Of Love Miszz Hannie

Sunday, February 6, 2011

syukur alhamdulillah...

( My Hubby )

Saya di kurniakan seorang ibu yang sangat memahami anaknya.. saya meyerupai sifat ibu saya.. betul la kata ibu Syurga di bawah tapak kaki ibu, kata-katanya adalah satu doa. Mak pernah memberi nasihat supaya jaga diri baik-baik, jaga tingkah laku, jangan terlalu mesra dengan orang, jangan keluar dengan kawan yang sembarangan dan pilih seseorang yang boleh membimbing kamu ke jln yang benar. InsyaAllah akan dapat suami yang baik dari segi agama, latar belakang dan kelakuannya. Alhamdulillah, saya dengan lembut hati ikut semue nasihat mak supaya saya tidak salah pilih. Tapi saya cuba jaga batas2 pergaulan supaya tak ada mata2 memandang serong terhadap terhadap diri dan keluarga saya.

Setiap kali solat, saya akan berkata dalam hati pada sujud yang terakhir "Ya Allah ya Tuhanku,berikanlah yang terbaik untuk diriku,keluargaku dan agamaku". Saya pernah terbaca bahawa doa yang terbaik diniat di dalam hati adalah semasa kita sedang bersujud pada tahiyat yang terakhir setiap kali solat. Allahua'lam....semuanya kuasa allah. 

Berkat kesungguhan saya untuk berubah, Alhamdulillah...sesungguhnya si dia adalah yang terbaik yang hadir dalam hidup ini. Mempunyai ciri-ciri yang dituntut bagi seorang muslim, berkerjaya, berilmu, bertanggungjawab, berfikiran terbuka...itulah Azam Zainal Arif. Bukan terlalu memuji, tapi hakikatnya begitu. Apa yang penting saya percaya dialah orangnya yang akan membimbing saya mencari keredhaan-Nya dan lebih dekat dengan agama. Saya bersyukur di pertemukan seorang yang sangat menyangi dan menjaga saya seadanya. Segala pertemuan allah yang tentukan, saya hanya mampu berdoa agar pertemuan kami tidak la di akhiri dengan kesedihan tapi di akhiri kebahgian. Amin..

Friday, January 14, 2011

kekasih

apabila seorang lelaki benar-benar jatuh cinta & setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dengan jelas. hati lelaki yang dianggap selama ini tiba-tiba menjadi selembut. bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja untuk membahagiakan kekasihnya. sekiranya kita menyedari bahawa kekasih kita sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk membahagiakan kita maka kita tidak silap memilih sebagai teman hidup. dia bukan kekasih dengan sekadar suka-suka atau mengambil kesempatan, tetapi atas dasar cinta yang sebenar.. " beruntungnya saya " ^_^

selain itu, kekasih saya sentiasa membuatkan hati saya terhibur disaat saya di sampingnya. itu tandanya kekasih saya mahu hubungan yang serius. biar pun percintaan kami jarak jauh tapi saya tenang bersamanya. jadi tidak hairanlah kekasih sebegini sentiasa menginginkan suasana yang ceria setiap kali berdampingan dengan orang yang dianggap istimewa dalam hidupnya. tiap kali menatapnya itu sudah membuatkan saya terasa bahagia memilikinya. terima kasih sayang i love u so much u my eveything!!

lucunya kekasih saya, hakikatnya kekasih saya tak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata nak menambat hati saya. " wwee... shomelnye dia " kekasih saya sangat manja dan ingin saya bermanja lebih dari orang lain. " untuk sayang apa pun boleh hehe " kekasih saya sangat mengambil berat tentang diri saya sikit pun kekasih saya tak pernah abaikan saya. walaupun jarak kami jauh kekasih sangat menjaga saya. " darling... i sayang u sangat "

kekasih saya hari-hari bertanya pada saya " baby sayang dd tak? " dan saya membalasnya " b sayang dd b ni sangat-sangat : ) " sejujurnya sekali pun saya tak pernah rasa jemu biarpun dah berkali-kali berhari-hari kekasih bertanya benda yang sama pada saya. 

saya happy bersamanya :) sayang i love u!!
beruntungnya saya memiliki kamu!!
^__^

Monday, December 27, 2010

Cinta dalam hati

Cinta Dalam Hati

Disini buat pertama kalinya aku mencerita tentang aku…
Aku sudah dewasa…
Usia aku telah 21 tahun hari ni…
Aneh juga rasanya menulis buat pertama kali…
Bagaimana hidup aku hari ini…
Esok…. Lusa… mencerita tentang aku…
Aku mencintai dunia aku sekarang…
Mencintai keluarga aku…
Teman dan sahabat yang menemani aku selalu…
Dan….. ada dia…
Dan menjadi satu alasan untuk menceritakan tentang aku…
Namanya……..
Walaupun pertemuan aku dengannya tak seindah yang aku harapkan…
Sekurang-kurangnya kita berbicara….
Jadi bagaimanapun bentuk pertemuan itu….
Tetap menjadi awan yang indah dalam hidup aku….
Saat aku mendengar suaranya….
Aku merasakan getaran yang aneh….
Anehnya tak tahu bagaimana…
Aku pernah menonton sebuah filim….
Dan memberitahu….
Bahawa jikakalau kamu mencintai seseorang….
Kamu harus mengatakannya….
Kerna kalau tidak maka dia akan pergi bergitu sahaja….
Dan tidak akan pernah datang lagi….
Lalu kamu akan menyesal….
Aku bagai merasakan ada yang hilang….
Hilang di dalam dunia kegelapan…
Dan aku tahu apa yang aku temukan….
Aku rasa sangat memerlukannya….
Dan aku tahu apa yang harus aku cari….
Aku seperti masih mencari….
Dan aku tahu apa yang sudah hilang….
Setiap manusia memiliki ruang yang kosong di hatinya..
Ketika seseorang itu datang….
Dan kita berfikir bahawa dia mengisi ruang kekosongan itu…
Sebenarnya dia adalah orang yang berdiri didepan pintu….
Dan mengisi ruang kekosongan itu…
Ruang kosong di dalam hati kita tetap ada…
Dan tidak akan pernah benar-benar terisi…

“ Tiada pertemuan yang abadi,
Seperti pertemuan maka perpisahan juga ada yang abadi

Wednesday, December 15, 2010

16.12.1020 Today is my birthday 21 ^_^


yummy!! ^_^


Genap la sudah umur saya yang 21 tahun.. pertama sekali syukur alhamdulillah allah memanjangkan usia saya memberikan tubuh badan yg sihat untuk mejelajah, mempelajari dan mengenali dunia.. terima kasih jugak kepada keluarga saya mama ayah yang membesarkan saya mendidik saya menjaga saya dan memberi kasih sayang secukupnya pada saya... tak lupa jugak pada kakak dan kedua abang saya yang penat lelah menjaga hani dan kak lina adalah penyeri keluarga terima kasih sebab kak lina baik sangat dengan hani sayang sangat dekat kak lina... sepanjang tahun ni, saya banyak belajar tentang perjalanan hidup saya. apa yang terjadi pada tahun ini adalah kenagan dalam hidup saya biar pun pahit manis suka duka riang tawa semua itu membuatkan saya lebih berfikiran matang dan sentiase berfikiran terbuka. biar pun saya terasa sangat perit dalam percintaan itu tak bermakna saya gagal dalam perhubungan.. berfikir pulak tentang masa depan dan keinginan saya :-

    
         Dalam usia saya 21 tahun banyak benda yang saya fikir, saya ingin berdikari sendiri supaya saya tahu menilai dan mempelajari untuk berusaha sendiri. saya ingin bermula dari peringkat bawah untuk menuju ke menara gading. " ya allah ku mohon sangat ya allah anggar membuka pintu rezki ku " niat untuk membalas jasa kedua ibu bapa saya dan keluarga saya. insyaallah azam tahun depan akan ada rezki untuk saya. dalam percintaan itu biarlah allah sahaja yang tentukan buat masa sekarang tiada siapa yang boleh mengisi ruang kekosong dalam hati saya. saya memilih pasangan hidup saya kerana untuk menjamin masa depan, tidaklah memilih pada paras rupa biarlah seseorang itu cukup agama, budi bahasa, hormat orang tua, menjaga saya dan mampu menyare saya itu sudah cukup membahagiakan saya. targed untuk saya menamatkan zaman solo saya mungkin 24 ke atas saya tak berapa kesah dengan faktor usia.


         Pada tahun hadapan saya mula menabung untuk mengawal pembelajaan saya, tahun ini kewangan saya sangat merosot kerana banyak mengeluarkan wang untuk  membantu perkahwinan abang saya. oopppsss!! bercakap pasal perkahwinan saya paling ternanti-nanti saat bahagia saya nanti insyaallah jikalau jodoh saya awal saya menginginkan konsop sederhana dan suasana romantik ^_^ tetapi untuk menghasilkan sebuah perkahwinan dengan mengunakan hasil simpanan saya dan si dia untuk perkahwinan kami nanti. menyimpan duit dengan hasil dan penat lelah itu la menguatkan lagi rumah tangga betul tak?? baju untuk akad nikah nanti saya nak jahit sendiri  lagi berpuas hati dan terase dihargai. tamatlah sudah kesah perkahwinan..


            Selamat tinggal tahun 2010 selamat datang 2011 ^_^


Berangan jap yeah!! ^_^




Ting!! pelamin pernikahan



Tingg!! majlis persandingan ^_^



Tinggg!!! gemuruhrnya saya ^_^


Tingggg!! so sweet ( gedix ) ^_^

Ukiran sekeping hati :)

sekeping hati milik kanda dan adinda,
terukir atas dasar cinta nan suci,
sekeping hati milik kita bersama,
terlakar kisah yang kita cipta bersama.


Erti Kesetiaan

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita? betul tak? Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih. Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya…? Tidakkah ia sama dengan penipuan…? atau tidak ada kejujuran dalam hubungan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…

Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan… Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya… Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan…
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, jaganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia. Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…

Tidak penting utk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan redha lah…
Lelaki atau wanita yang baik hanya untuk lelaki atau wanita yang baik…
Manakala lelaki atau wanita yang tidak baik hanya untuk lelaki yang tidak baik…
Pilihan adalah di tangan anda…

Tuesday, December 14, 2010

Make Over ^_^


Nice...



Ting!! lain sungguh muka saya :)



Tingg!! mula post maut.. ;)




Tinggg!! pupple jiwa saya ^_^



Tingggg!! tinnnggg!!!

Monday, December 13, 2010

Pertanyaan & Jawapan

1. Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati?

2. Siapa yang ajar saya cinta itu perlukan pengorbanan?

3. Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur dalam perhubungan?

4. Siapa yang melakarkan senyuman dalam hati saya?

5. Siapa yang mengunci hati saya?

Awak..

Awak mungkin jenis lelaki yg boleh mencintai ramai perempuan bekali kali.. tapi saya pulak perempuan yang percaya yang bahawa dalam hidup saya hanya ada seorang lelaki, satu bentuk hati dan sebuah perkahwinan
 " kita hidup sekali, mati sekali dan mencintai sekali " setiap langkah untuk saya tinggalkan awak telah mengambil kekuatan yang saya ada.. jangan anggap saya tinggalkan awak sebab saya bencikan awak..

"" If u really love someone, then let that person go. if that person is meant for u,  that that person will come back to u eventually. But if that person was never meant for u, in the first place...... ""