( My Hubby )
Saya di kurniakan seorang ibu yang sangat memahami anaknya.. saya meyerupai sifat ibu saya.. betul la kata ibu Syurga di bawah tapak kaki ibu, kata-katanya adalah satu doa. Mak pernah memberi nasihat supaya jaga diri baik-baik, jaga tingkah laku, jangan terlalu mesra dengan orang, jangan keluar dengan kawan yang sembarangan dan pilih seseorang yang boleh membimbing kamu ke jln yang benar. InsyaAllah akan dapat suami yang baik dari segi agama, latar belakang dan kelakuannya. Alhamdulillah, saya dengan lembut hati ikut semue nasihat mak supaya saya tidak salah pilih. Tapi saya cuba jaga batas2 pergaulan supaya tak ada mata2 memandang serong terhadap terhadap diri dan keluarga saya.
Setiap kali solat, saya akan berkata dalam hati pada sujud yang terakhir "Ya Allah ya Tuhanku,berikanlah yang terbaik untuk diriku,keluargaku dan agamaku". Saya pernah terbaca bahawa doa yang terbaik diniat di dalam hati adalah semasa kita sedang bersujud pada tahiyat yang terakhir setiap kali solat. Allahua'lam....semuanya kuasa allah.
Berkat kesungguhan saya untuk berubah, Alhamdulillah...sesungguhnya si dia adalah yang terbaik yang hadir dalam hidup ini. Mempunyai ciri-ciri yang dituntut bagi seorang muslim, berkerjaya, berilmu, bertanggungjawab, berfikiran terbuka...itulah Azam Zainal Arif. Bukan terlalu memuji, tapi hakikatnya begitu. Apa yang penting saya percaya dialah orangnya yang akan membimbing saya mencari keredhaan-Nya dan lebih dekat dengan agama. Saya bersyukur di pertemukan seorang yang sangat menyangi dan menjaga saya seadanya. Segala pertemuan allah yang tentukan, saya hanya mampu berdoa agar pertemuan kami tidak la di akhiri dengan kesedihan tapi di akhiri kebahgian. Amin..

Memilikimu jua satu keindahan..
ReplyDeleteSayang, Sesungguhnya, kekasihmu ini tidaklah sesempurna mana.. diri yang lemah ini, hanya mampu memberimu kasih sayang dan kesetiaan..
Dan Cinta yang terlakar di antara kita berdua, semua adalah pemberian Allah yang maha menentukan..
Telah Dia aturkan segalanya buat kita.. dan seandainya sayang bahagia di samping dd, dd juga ingin sayang tahu.. betapa dd bahagia dsampingmu sayang.. Insyaallah dengan keizinanNya, dd akan menjadi lelaki terbaik di samping b.. dd akan menjadi segalanya buatmu..
Insyaallah hubungan ini, tidak akan berakhir hingga selamanya..
Sayang, thanks dgn post sayang kali nie.. sayang seakan terlalu banyak memuji dd.. tp, bg dd, ia adalah satu cabaran, untuk dd jadi yang lebih baik buat b d masa akan datang..
Thanks kekasihku.. mmmuuuah!!! I Love U & really Love U so much..